Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kuching City idam tiga mata pertama selepas dikecewakan Selangor

kuching.jpg
Selepas dikecewakan oleh Selangor dalam perlawanan suku akhir Piala FA minggu lalu, Kuching City sedia bangkit untuk menewaskan PDRM dalam saingan Liga Super, esok.

Anak-anak buah Aidil Sharin Sahak mahu menebus kekalahan lalu demi mengembalikan moral positif di kalangan pemain meskipun mengakui persembahan pemainnya semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Perlawanan ulangan seperti final Piala Cabaran tahun lalu itu menyaksikan Kuching City mempertaruhkan barisan terbaik di halaman sendiri sambil mengharapkan Petrus Shitembi dan Kipre Tchetche memperkuat skuad The Cats itu.

Menurut pemain kebangsaan, Nur Shamie Iszuan, rakan-rakannya ingin mendapatkan tiga mata pertama bagi memberi saingan keatas pencabar utama, Sri Pahang, dalam carta liga Malaysia tersebut.

Advertisement

Must Watch Video