Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kuching City bangkit benam Kelantan di Kota Bharu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-vs-kuching-city.jpg
KELANTAN 1 KUCHING CITY 2

Kuching City FC menafikan hasrat Kelantan FC untuk meraih tiga mata pertama dalam saingan Liga Super 2023 apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 2-1 di Kota Bharu sebentar tadi.

Abu Kamara muncul wira pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu selepas Sudi Abdallah memadamkan jaringan pembukan Miguel Cifuentes dalam babak kedua.

Kedua-dua pasukan, bagaimanapun, mempamerkan aksi perlahan sepanjang 45 minit pertama dan dengan beberapa peluang yang disia-siakan menyaksikan keputusan tanpa jaringan kekal menuju ke bilik persalinan.

Bagaimanapun, situasi mula berubah dalam babak kedua dan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan apabila Cifuentes menunjukkan kepekaan menghidu bola muntah percubaan Nuha Marong, yang gagal ditangkap kemas Norazlan Razali, untuk membuka jaringan pada minit ke-51.

Pendahuluan itu hanya bertahan selama lapan minit sebelum Kuching City memadamkannya pada minit ke-59, di mana Sudi Abdallah bijak mancari hantaran licik Abu Kamara untuk menewaskan Rozaimi Rahamat.

Dan jaringan kemenangan Kuching City hadir pada minit ke-72 apabila Abu Kamara sekali lagi mempamerkan bebijaksanaannya, kali ini dengan memanfaatkan situasi kelam-kabut di depan gawang Kelantan.

Kuching City seterusnya akan melayani kunjungan Selangor FC pada Khamis depan manakala Kelantan pula akan bertandang ke laman Sri Pahang FC pada hari yang sama.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video