Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kpah Sherman mahu jadi penyerang digeruni di Sri Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kpah-sherman.jpg
Tonggak baru Sri Pahang FC, Kpah Sherman, mahu menjadi penyerang digeruni musim ini selain percaya dia mampu memperkuatkan barisan hepan pasukan itu bersama Lucas Silva.

Sherman menjadi taruhan baru Sri Pahang untuk bergandingan dengan bekas pemain Penang FC, Silva, sekali gus menyaksikan skuad kendalian Fandi Ahmad itu akan mempunyai bahagian serangan yang lebih tajam bagi musim 2023.

Bagi pemain dari Liberia itu, Terengganu FC telah memberikan pengalaman yang cukup berbeza kepadanya apabila menjadi penjaring terbanyak Piala Malaysia musim lalu.

Dilabel sebagai mesin gol, Sherman mengakui harapan tinggi diletakkan di atas bahunya dan sudah tentu dengan kualiti yang ada, dia ingin menjadi salah seorang penyerang yang lebih baik kali ini.

“Saya ingin bekerja lebih keras dan melakukan sedaya upaya melebihi musim lepas, mana tahu mungkin dapat meraih anugerah lagi.

“Saya memang nak menjaringkan lebih banyak gol tetapi misi utama adalah bagaimana saya dapat membantu pasukan ini untuk menjadi pesaing yang hebat,” katanya.

Mengagumi karakter pengendalinya, Fandi Ahmad, membuatkan Sherman berbesar hati untuk berada di bawah bimbingan legenda Singapura itu.

Dia percaya Fandi mampu untuk kembali meletakkan Sri Pahang di tahap lebih baik.

“Saya memang tahu bagaimana hebatnya jurulatih seperti Fandi dan dia merupakan seorang yang sangat senang untuk bekerja.

“Dia juga selalu menghubungi saya sebelum ini dan saya percaya kami semua mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih cemerlang.

“Salah satunya adalah untuk cuba melayakkan diri ke Piala AFC dan kami semua teruja untuk memulakan saingan liga,” tambahnya.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video