Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya: Perubahan saat akhir-akhir tak gugat hajat pertahanan negara

ll
Advertisement

Pertahanan muda harimau malaya, Ubaidullah Shamsul Fazili, menyifatkan perubahan barisan pemain saat-saat akhir bukanlah masalah besar memandangkan sebahagian daripada mereka pernah menyarung jersi kebangsaan, sekali gus memudahkan proses mendapatkan keserasian.

Tegas tonggak pertahanan Terengganu itu, dia dan rakan sepasukan bertandang ke China bukan sekadar untuk melengkapkan aksi kalendar FIFA, sebaliknya memikul misi memburu kemenangan ketika berdepan China dan Yaman pada Sabtu ini serta Selasa depan.

Advertisement

Antara pemain di barisan pertahanan yang baru disenaraikan pengendali, Tan Cheng Hoe, ialah Dominic Tan, Safwan Mazlan serta Ariff Farhan Mat Isa berikutan beberapa tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor terpaksa menarik diri, semalam.

"Walaupun dengan barisan pemain yang berbeza, saya rasa ini peluang untuk pemain lain.

Advertisement

"Saya sendiri mahu buktikan kualiti yang kita ada.

"Saya rasa (skuad ini) tiada beza pun, kami pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan jadi ia bukan sesuatu yang baru dalam kem kebangsaan.

"Keserasian dalam kalangan pemain sudah ada dan kini terpulang kepada jurulatih (untuk membuat percaturan).

"Saya ingin tambahkan penampilan bersama skuad kebangsaan selain mahukan kemenangan dalam kedua-dua perlawanan ini," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video