Skip to main content

Sukan Lain

Orienteering Orang Pekak edisi kedua buka peluang bakat baharu wakili negara

Orienteering Orang Pekak edisi kedua buka peluang bakat baharu wakili negara
Advertisement

Sukan orienteering atau pandu arah orang pekak bakal kembali menjadi tumpuan apabila Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan bersama Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MS-Deaf) menganjurkan edisi kedua kejohanan berkenaan dari 12 hingga 14 November ini.

Penganjuran kali ini menyaksikan seramai 35 peserta dari seluruh negara sudah mengesahkan penyertaan, sekali gus memperlihatkan perkembangan positif sukan yang masih baharu dalam landskap sukan orang pekak negara.

Advertisement

Lebih daripada sekadar pertandingan, kejohanan itu turut membuka peluang kepada peserta untuk membuktikan kemampuan masing-masing bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan, sekali gus membawa cabaran Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

MS-Deaf melihat kesinambungan penganjuran kejohanan itu sebagai platform penting untuk memperluaskan penyertaan serta memperkenalkan sukan orienteering kepada lebih ramai komuniti orang pekak.

Advertisement

Timbalan Presiden MS-Deaf, Mohd Yusri Abd Ghani berkata, pihaknya turut merancang untuk memperkasakan pembangunan sukan berkenaan menerusi penganjuran klinik dan program promosi.

“Kami telah membuat persiapan untuk menghadapi sukan orienteering (sukan pandu arah) ini. Kami juga akan berusaha memperkasakannya dengan melakukan klinik untuk memperkenalkannya,” katanya.

Usaha itu diharap dapat meningkatkan kefahaman peserta terhadap sukan berkenaan, selain membina kumpulan atlet yang berpotensi untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.

Dengan penyertaan 35 peserta pada edisi kedua ini, MS-Deaf berharap orienteering mampu berkembang sebagai satu lagi cabang sukan kompetitif yang memberi ruang kepada lebih ramai atlet orang pekak untuk menyerlah.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video