Kurang sebulan ke saingan Liga Super musim baru bermula, ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Risto Vidakovic, mendedahkan barisannya gagal mendapatkan kualiti latihan yang sempurna hingga menjejaskan rencana latihan hariannya.
Tiada tempat latihan yang tetap menambahkan lagi situasi buruk buat Vidakovic kerana saban hari venue latihan anak buahnnya berubah-ubah.
Antara lokasi yang diguna pakai KL City termasuk Padang DRB Hicom, Sime Darby Bukit Jelutong, Padang C Universiti Malaya dan Padang Komuniti Pudu Ulu.
"Kami perlu cari gelanggang yang sesuai untuk menjalani latihan harian dan melakukan persiapan.
"Lantunan bola menjejaskan kami untuk membuat hantaran," katanya.
Kelibat Endrick Dos Santos juga masih menjadi tanda tanya selepas pengurusan mengesahkan kehadirannya sebagai pemain terakhir isi senarai 30 pemain.
Tegas Vidakovic, Dos Santos memiliki kriteria terbaik untuk berada dalam pasukannya, namun dia tidak pasti sejauh mana usaha pihak pengurusan untuk merealisasikan hasrat itu.
"Saya mengharapkan tapi saya tiada pasti.
"Saya cuma tahu saya menginginkan khidmatnya, selain daripada itu saya tidak tahu menahu," katanya.