Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, mengesahkan pemain tengah pasukannya, Arif Shaqirin Suhaimi, akan dipinjamkan ke Perak FC bagi saingan Liga Malaysia musim ini.
Menjelang sepak mula Liga Super hujung bulan ini, Hodak percaya pemain berusia 22 tahun itu mempunyai peluang yang lebih cerah untuk meraih minit permainan bersama The Bos Gaurus berbanding pasukan Warga Kota berkenaan.
"Arif seorang pemain muda yang bagus," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Sebenarnya, dia banyak diturunkan sepanjang 2021 cuma tahun lalu, dia kurang bernasib baik apabila mengalami kecederaan retak tulang kecil.
"Selepas dia pulih, dia tidak dapat banyak peluang beraksi kerana di posisinya terdapat beberapa pilihan lain.
"Dia sudah pasti pemain masa depan kami tetapi kami telah berbincang dengannya dan baginya, ia sesuatu yang bagus kerana di Perak, dia memiliki peluang yang lebih besar untuk bermain berbanding di sini.
"Tetapi sudah pasti pada penghujung musim ini, kami akan mengikuti perkembangannya dan dia sememangnya ada dalam perancangan masa depan kami," katanya.
Musim lalu, Arif Shaqirin melakukan lima penampilan bersama KL City, termasuk dalam saingan Piala AFC.
Sebagai rekod, dia masih memiliki kontrak bersama pasukan bimbingan Hodak itu sehingga 2024.
KL City akan memulakan saingan Liga Super dengan melayani kunjungan Penang FC pada 25 Februari ini.