Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: KL City akan turun barisan terkuat lawan Negeri Sembilan

bojan-hodak.jpg
"Kalau tak mahu cedera main catur," seloroh ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, menjelang pertemuan Liga Super menentang Negeri Sembilan FC di Cheras, Sabtu ini.

Ia merupakan pertemuan terakhir The City Boys sebelum mengharungi misi lebih penting menentang Johor Darul Ta'zim FC (JDT) dalam final Piala FA di Iskandar Puteri pada 22 Julai ini.

Jelasnya, tiada isitlah simpan kuku bagi mengelak risiko kecederaan, sebaliknya barisan pemainnya dituntut bermati-matian menentang skuad Jang berkenaan.

Ia bagi memastikan kutipan tiga mata penuh agar dapat menjadi motivasi terbaik buat skuad Warga Kota itu menjelang penentuan gelaran Piala FA.

"Menjelang final Piala FA, kesemua pemain saya tersedia dan tiada yang cedera, tiada siapa mahu cedera, jadi saya agak sedikit pelik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Tetapi sudah pasti ini akan menjadi persediaan kami bagi menghadapi JDT.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, ada beberapa pemain sudah dapat peluang beraksi di Johor sebelum ini dan sesetengah mereka pula sudah dapat peluang ketika menentang Terengganu.

"Sesetengah pemain pula akan mendapat peluang menentang Negeri Sembilan, jadi saya akan dapat gambaran yang jelas sebelum menentang Johor.

"Tiada istilah mengelak kecederaan, anda perlu bermain dalam setiap perlawanan.

"Jika anda takut cedera, anda perlu bermain catur dan bukannya bola sepak," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video