Kekalahan 0-5 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada malam tadi meletakkan kedudukan ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, dalam situasi yang lebih getir.
Badrul diseru membuktikan kemampuannya rencananya ketika berdepan Kuching City dalam pusingan kedua Piala FA selain misi wajib mengutip mata ke atas Harimau Selatan dalam pertemuan di Gong Badak malam tadi, selain perlu pastikan mata penuh dalam kunjungan ke Negeri Sembilan, hujung bulan depan.
"Terserah kepada pihak pengurusan, apa pun saya kena terima atas apa yang terjadi.
"Saya memikul tanggungjawab atas kekalahan malam ini.
"Pemain banyak melakukan kesilapan, begitu juga saya.
"Saya harap pemain-pemain perbaiki (prestasi) selepas perlawanan ini," katanya dalam sidang media pasca perlawanan.
Keadaan semakin sukar buatnya apabila dibelasah JDT yang pastinya meletakkan jawatannya kian terancam.
Justeru, Badrul rasa terkilan tatkala dia mengharapkan kerjasama pemainnya untuk tampil luar biasa ketika bertemu juara bertahan Liga Super itu, namun sebaliknya berlaku.
Apabila anak buahnya terlalu menghormati pihak lawan, keadaan itu membuatkannya lebih tersepit.
"Saya kecewa dengan perlawanan malam ini.
"Kami terlalu hormat kepada JDT yang mengakibatkan kami dibolosi lima gol.
"Kami kena terima (akur) walaupun sudah berpesan kepada pemain (bahawa) kami tidak boleh melakukan kesilapan apabila bertemu JDT.
"Ia berlaku cepat. Pemain seolah-olah hilang fokus dan tidak teratur," katanya.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang