Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kelantan TRW lonjak kedudukan atasi Melaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-vs-melaka_1.jpg
Kelantan The Real Warriors (TRW) meraih kemenangan ketiga dalam saingan Liga Super musim ini apabila menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Kemenangan terbaru itu melonjakkan TRW ke tangga kelima liga dengan 11 mata selepas lapan perlawanan biarpun sudah beraksi lebih satu perlawanan berbanding pasukan lain.

Dalam perlawanan itu, pertahanan Melaka, Michael Ozor, terjaring bola ke gawang sendiri pada minit ke-37 untuk The Red Warriors berkelebihan satu gol menuju ke bilik persalinan.

Aksi dominan terus dipamerkan tuan rumah dalam 45 minit berikutnya dan berhasil menambah satu lagi jaringan menuju bilik persalinan apabila Danial Haqim menyudahkan gerakan sepasukan menarik pada minit ke-88.

Melaka kemudian memperoleh sepakan penalti dalam waktu kecederaan yang disudahkan Juan Douglas selepas kapten TRW, Azwan Ripin, dilayangkan kad merah, tetapi ia masih belum cukup untuk menyekat kemenangan Kelantan di laman sendiri.
 
Football

Nike Phantom 6 Low Academy

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video