Kelantan The Real Warriors mengikat Sabah 0-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi.
Tuan rumah lebih banyak menguasai permainan tetapi ketumpulan di bahagian depan menyaksikan mereka terpaksa menangguhkan kemenangan pertama yang dicari-cari.
Gabriel Peres antara yang paling awal menguji benteng Kelantan pada minit ke-11 sebelum pecubaan Darren Lok sekadar hinggap di tiang, tiga minit berselang.
Sabah datang lagi selepas setengah jam permainan, kali ini menerusi Jafri Firdaus Chew, tetapi masih gagal memecahkan kekentalan penjaga gol, Damyan Damyanov.
Menjelang lima minit menuju ke penghujung perlawanan, Azhad Harraz Arman berhasil menggegarkan gawang TRW, hanya untuk dikecewakan oleh semakan video bantuan pengadil (VAR), yang mengesan kedudukan ofsaid.
TRW turut berpeluang untuk memecahkan kebuntuan dalam waktu kecederaan, khususnya menerusi dua percubaan tepat Ifedayo Olusegun, tetapi kedua-duanya diselamatkan penjaga gol Sabah, Damian Lim.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang