Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kelantan FC uji enam awang import

kelantan-fc.jpg
Kelantan FC akan menguji enam pemain import sebelum dipilih untuk diserapkan ke dalam pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, berkata ia termasuk tiga pemain dari Korea Selatan yang akan dinilai oleh ketua jurulatih, Choi Moon Sik.

"Kami juga masih dalam pramusim dan persiapan sedang diperkemaskan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Setakat ini, Kelantan FC sudah mengharungi perlawanan pramusim dengan kekalahan 0-7 kepada pasukan dari Thailand, Buriram United, yang berlangsung di Songkhla kelmarin.

Skuad pantai timur itu akan berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk berdepan Kedah pada Jumaat ini sebelum berdepan tiga lagi perlawanan pramusim sebagai persiapan memulakan saingan liga pada penghujung bulan depan.

Kredit: Sinar Harian

Kredit foto: TRW Kelantan FC

 

Advertisement

Must Watch Video