Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: KDA mahu menang, elak kejutan Kelantan United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nafuzi-zain.jpg
Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain, mahu pasukannya meneruskan momentum kemenangan apabila menerima kunjungan Kelantan United dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman malam esok.

Perlawanan ke-17 itu penting buat Sang Kenari bagi memastikan mereka dapat terus memberikan saingan kepada empat pasukan teratas Liga Super.

"Impian kami adalah mahu meneruskan momentum kemenangan yang kami dapat dalam aksi menentang PDRM. Saya tetap menganggap ia satu cabaran sengit, sekalipun Kelantan United kini berada di tangga ke-12 liga.

"Pemain KDA FC diminta tidak mengambil mudah dan berasa selesa walaupun kami beraksi di laman sendiri kerana aksi di tempat sendiri bukanlah satu jaminan untuk meraih kemenangan," katanya.

Jelasnya, kejayaan Sang Kenari mengatasi Kelantan United dengan kemenangan tipis 2-3 di Kota Bharu dalam pusingan pertama Liga Super perlu meletakkan pasukannya dalam keadaan berwaspada.

Menurut Nafuzi lagi, pasukannya perlu mengelakkan keciciran mata penting kepada pasukan lawan dan meminta semua pemain berdisiplin sepanjang perlawanan berlangsung.

KDA FC kini berada di tangga keempat Liga Super dengan 31 mata selepas 16 perlawanan manakala Kelantan United di tangga ke-12 dengan tujuh mata.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video