"Kami reda dengan layangan kad merah!"
Itulah realiti yang perlu dihadapi pasukan kendalian Yusri Che Lah, apabila Imigresen terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 yang dicatatkan di Stadium Sultan Muhammad 1V berdepan Kelantan The Real Warriors!
Imigresen mendahului hasil sepakan penalti Eduardo Sosa sebelum layangan kad merah diberikan kepada Amirali Chegini yang cuba menyelamatkan percubaan pasukan tuan rumah menggunakan tangan bawa padah buat pelawat sekali gus KTRW kembali mengikat kedudukan menerusi Ifedayo Olusegun.
"Apa yang berlaku malam ini ketentuan Allah dan saya terima, walaupun terima kad tetapi kami masih lagi berjaya membawa pulang mata pertama.
"Saya memuji pemain saya walaupun persiapan kami singkat, bagi saya kredit perlu diberikan kepada pemain walaupun sedikit alpa dan keputusan yang tak memihak kepada kami. Saya tidak meragui." katanya.
Dalam pada itu, The Real Warriors pula tidak menganggap kekurangan seorang pemain menjadi penyebab kepada keputusan seri, namun menurut pengendali pasukan, E. Elavarasan, pasukannya berjaya menggunakan kesempatan untuk memastikan mereka sekurang-kurangnya meraih satu mata di laman sendiri.
"Memang kami mahu menang tetapi kami menerima keputusan ini." tambahnya.