Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: JDT pamer aksi lima bintang di Kota Bharu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

`bergson.jpg
Skuad Harimau Selatan terus kekal dalam kelas tersendiri apabila menewaskan Kelantan FC 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV sebentar tadi.

Beraksi selaku pasukan pelawat, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak diberikan laluan mudah apabila barisan muda Kelantan FC memberikan tentangan sengit.

Bagaimanapun, kealpaan benteng tuan rumah dihukum JDT menerusi rembatan kencang oleh Fernando Forestieri pada minit kelapan.

Minit ke-22, JDT menambah derita Kelantan FC apabila Oscar Arribas menanduk masuk gol kedua dan keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan FC terus berjaya menyerap tekanan sekali gus menyaksikan pelawat terus bekerja keras untuk menambah jaringan.

Pelawat bangkit selepas dengan menambah dua jaringan pada minit ke-60 dan 64 masing-masing menerusi Forestieri serta Bergson Da Silva.

JDT terus berpesta apabila pemain gantian Akhyar Rashid menambah gol kelima pada minit ke-77.

Harimau Selatan terus bernafsu menambah jaringan, namun benteng Kelantan FC kukuh mengekang asakan bertali-arus pelawat.

Keputusan 5-0 memihak pelawat hingga tiupan wisel panjang sekali gus menyaksikan Harimau Selatan gah dipuncak Liga Super.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video