Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari, mahu kesemua pemainnya memberikan fokus ketika berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.
Menurutnya, kebangkitan skuad The City Boys itu ketika ini wajar diberikan perhatian serius oleh Harimau Selatan jika tidak mahu berputih mata di gelanggang sendiri.
“Bagi saya, KL City FC merupakan pasukan berbeza ketika ini. Pasukan kali ini lebih mantap dan lebih bersemangat.
“Pemain mereka juga dilihat sentiasa bersemangat dan berkeyakinan, terutama apabila menentang pasukan-pasukan handalan... contohnya, mereka menewaskan Terengganu (FC), di Terengganu (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin), di mana kami sendiri berdepan kesukaran beraksi di situ.
“Oleh itu, kami perlu bersedia secukupnya kerana jelas pasukan ini memiliki pemain serta jurulatih yang berkualiti,” katanya.
Untuk rekod, JDT menewaskan KL City FC 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 1 Mac lalu.
Tambah menarik, kedua-dua pasukan itu bakal berentap dalam aksi final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim pada 22 Julai ini.
Mengulas mengenai aksi berkenaan yang disifatkan sebagai pra final Piala FA 2023, Solari berkata perkara berkenaan diharap tidak mengganggu konsentrasi pemain ketika ini.
“Ya, ramai yang mengatakan perlawanan ini sebagai aksi ‘pra-final’ Piala FA 2023 nanti.
“Namun, walau apa pun keadaannya, kami tetap perlu bersedia untuk mengharungi perlawanan ini,” katanya.
Kredit: Sinar Harian