Jurulatih skuad kebangsaan Jepun, Hajime Moriyasu, dilaporkan menjadi antara calon yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengendali baru Harimau Malaya.
Khabar angin itu dikuatkan lagi apabila kontrak pengendali kelahiran Jepun itu bersama Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) bakal berakhir Januari tahun depan.
森保監督がマレーシア代表監督に? 2030年のW杯出場を目指し、協会会長が語った見解は…。アジアカップ後の去就に注目集まる https://t.co/uc4Ubahkio #森保一 #サッカー日本代表 #マレーシア #SAMURAIBLUE #daihyo #FAM #Moriyasu #Malaysia
— SAKANOWA / サカノワ (@sakanowa_jp) October 13, 2026
Tular menerusi sebuah portal Jepun di laman X, berkongsikan: "Moriyasu bakal menjadi jurulatih skuad kebangsaaan Malaysia?, Presiden persatuan negara itu menyasarkan bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2030.
"Perhatian tertumpu mengenai masa depannya selepas Piala Asia." katanya.
Untuk rekod, jurulatih berusia 58 tahun itu sebelum ini memacu Jepun ke pusingan 32 dunia sebelum tewas kepada juara lima kali Piala Dunia, Brazil.