Beregu pecah ganding negara, Aaron Tai-Yap Roy King, meneruskan kemaraan ke pusingan 16, Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2026 di Jyske Bank Arena, Odense, sebentar tadi.
Aaron-Roy King bangkit menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Lee Jongmin, menerusi aksi rubber set, 13-21,21-18, 21-19 dalam tempoh 57 minit itu.
Wakil negara yang baru menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Artik itu tewas 13-21 dalam set pertama sebelum kembali mengikat lawan ke set penentuan dengan kemenangan 21-18.

Set Ketika menyaksikan wakil Korea Selatan itu memberikan saingan sengit kepada wakil negara, namaun Aaron-Roy King terlebih dahulu sampai ke match point sekali gus menamatkan aksi itu dengan kemenangan 21-19 dalam kejohana berstatus Super 750 itu.
