Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Ini Penang Jang, jangan main!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tchiceh.jpg
Penang mencipta kemenangan pertama dalam kempen Liga Super 2025/26 selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, sebentar tadi.

Anak buah Nidzam Jamil dihukum seawal minit ke-13 selepas Tchetche Kipre menampan bola daripada Stefano Brundo untuk jaringan pertama, jaringan itu disahkan pengadil perlawanan selepas membuat semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) atas dakwaan ofsaid.

Momentum itu diteruskan Penang dengan serangan demi serangan sehingga giliran Dylan Wenzel-Halls menambah jaringan buat wakil tuan rumah, namun dinafikan VAR selepas dia berada dalam keadaan ofsaid terlebih dahulu untuk menutup babak pertama dengan kedudukan 1-0.







Pasukan pelawat membawa masuk Luqman Hakim Shamsuddin dalam separuh masa kedua bagi mempertajamkan jentera serangan.

Begitupun, gerakan Kipre sekali lagi menjadi duri dalam daging apabika melepasi benteng pertahanan lawan untuk menewaskan Azri Ghani buat kali kedua sekali gus memberikan Penang berada dalam kedudukan selesa mendahului 2-0.

Skuad Jang berpeluang merapatkan defisit jaringan, tetapi jaringan pada minit ke-88 itu dinafikan oleh pengadil selepas membuat semakan VAR.

Gol sagu hati Negeri Sembilan hadir pada minit kecederaan selepas jaringan sendiri hadir hasil gerakan Hakimi Abdullah dan menutup permainan dengan kemenangan buat skuad kendalian Wan Rohaimi 2-1.
 
Takraw

NIKE 15% OFF

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Klik Sini Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video