Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Info siaran langsung & live streaming Terengganu vs Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hd_mfl_promo_24.jpg
Dua pasukan yang mewakili negara di peringkat Asia musim ini, Terengganu dan Sabah, akan bertembung dalam aksi Liga Super di Gong Badak malam ini.

Sudah pasti kemenangan dalam perlawanan itu akan membantu mereka untuk menamatkan musim di kelompok atasan dengan dua perlawanan berbaki.

Sabah ketika ini menduduki tangga keempat Liga Super dengan 45 mata, lima mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Kedah Darul Aman.

Terengganu, dalam pada itu, berada di tangga keenam dengan 36 mata dan dipisahkan lapan mata dengan pasukan di tangga kelima, Sri Pahang.

Ikuti siaran langsung perlawanan ini di Astro Arena Bola saluran 803 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go bermula dengan pra-rancangan pada jam 8.00 malam.
 

Advertisement

Must Watch Video