Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Liga Super: Ifwat Akmal tekad perkukuh benteng PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ifwat-akmal.jpg
Penjaga gol PDRM, Ifwat Akmal Chek Kassim, anggap bukan permulaan sempurna buat dirinya selepas dibolosi tujuh gol dalam empat penampilan Liga Super setakat ini.

Jelas penjaga gol berusia 29 tahun itu, fokusnya kini adalah untuk memastikan kembali cergas selepas mengalami kecederaan bahu ketika pasukannya tewas 3-1 kepada Kuala Lumpur (KL) City, bulan lalu.

Ifwat Akmal turut berharap kehadirannya ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) mampu menjadi nilai tambah terbaik terutama di benteng terakhir dalam memastikan 'The Cops' mencapai prestasi lebih baik berbanding musim terdahulu.

"Kami dibolosi dalam tiga perlawanan selain tidak bolos ketika melawan Melaka. 





"Kami perlu lebih bekerja keras di bahagian pertahanan kami, pastikan tidak dibolosi dengan mudah. 

"Saya menghadapi masalah komunikasi dengan salah seorang pertahanan import tapi kami semakin serasi," katanya. 

Untuk rekod, Sang Saka Biru merupakan kelab domestik kedua yang disertai Ifwat Akmal, selepas lapan musim mengecapi pelbagai kejayaan bersama Kedah Darul Aman.

 
Football Shoes

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video