Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Ifedayo perlu keluar dari 'zon pemalas'

safee-sali.jpg
'Ifedayo perlu keluar dari zon pemalas', perkara itu disuarakan oleh bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, menjelang aksi Liga Super bertemu Selangor FC di Stadium Darul Aman.

Kedah bakal menerima kunjungan Selangor di Alor Setar, perlawanan yang menyaksikan Ifedayo Olusegun, kembali bertemu bekas pasukannya, Selangor dalam usaha memburu slot beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 musim hadapan. 

Ifedayo membuktikan kualiti ketajamannya di depan gawang dengan 12 gol dalam sembilan perlawanan. 

Menerusi rancangan Nadi Bola, pengacara, Hafizal Hamad bersama Safee membincangkan mengenai usaha yang perlu dipertingkatkan lagi, 

Hafizal memberikan pendapat bahawa Ifedayo perlu keluar dari zon pemalas, Safee menjawab, "Ya, kerana banyak gol yang dihasilkan oleh Ifedayo adalah jaringan yang mudah dalam kotak penalti, dia sering kali bantuan daripada rakan sepasukan. 

Safee bagaimanapun tetap memandang tinggi kualiti Ifedayo sebagai penyerang apabila membantu pasukan menghuni tangga ketiga Liga Super ketika ini

"Bagaimanapun, saya tetap melihat dia seorang pemain yang berkualiti daripada sudut sentuhan penyudah," tambahnya lagi.



Ikuti siaran langsung perlawanan ini di Astro Arena Bola saluran 803 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go atau ikuti secara percuma melalui aplikasi Sooka bermula dengan pra-rancangan pada jam 8.00 malam.
 

Advertisement

Must Watch Video