TERENGGANU 0 JDT 5
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus berpesta gol dalam Liga Super apabila memberikan Terengganu satu realiti pahit sebentar tadi.
Terengganu tersentak seawal minit kelima di Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi rembatan kencang Bergson da Silva sebelum Romel Morales menutup separuh masa pertama dengan kelebihan 2-0.
Dan Harimau Selatan keluar dari bilik persalinan dengan lebih garang dan hasilnya menyaksikan pemain gantian, Jairo de Macedo da Silva, meledak hatrik dalam tempoh 13 minit untuk kemenangan bergaya 5-0.