Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Hakim Hassan, Ivan Mamut pastikan kebangkitan Terengganu ikat KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city-vs-terengganu.jpg
KUALA LUMPUR CITY FC 3 TERENGGANU FC 3

Terengganu FC bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Kuala Lumpur City FC 3-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Hakim Hassan dan Ivan Mamut muncul wira skuad Peteh itu dengan jaringan dalam babak kedua selepas KL City menjaringkan tiga gol dalam separuh masa sebelumnya.

Omid Nazari terlebih dahulu meletakkan Terengganu di depan pada minit ke-29 menerusi satu ledakan cantik dari luar kotak penalti yang meluru masuk ke bawah palang gol KL City.

Bagaimanapun, keruntuhan prestasi Sang Penyu mula kelihatan apabila membenarkan Giancarlo Gallifuoco menyamakan kedudukan berselang enam minit, di mana pemain import KL City itu memanfaatkan situasi kelam kabut di depan gawang Terengganu susulan sepakan penjuru ketua pasukan, Paulo Josue.

Paulo kemudian memastikan KL City di depan pada minit ke-42 dengan bertindak bijak menghidu kegagalan pertahanan Terengganu mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya sebelum Romel Morales meletakkan The City Boys selesa dengan kelebihan dua gol hasil jaringannya dalam waktu kecederaan sebelum ke bilik persalinan.

Pada ketika KL City kelihatan akan memperoleh kemenangan mudah dalam pertemuan kali ini, Terengganu tampil dengan corak permainan berbeza selepas waktu rehat dan Hakim, dalam penampilan pertamanya bersama Terengganu musim ini, mengecilkan jurang jaringan di antara kedua-dua pasukan itu menerusi gerakan solo menariknya dari sebelah kanan.

Ivan Mamut kemudian memastikan Terengganu tidak pulang dengan tangan kosong apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60 dengan menolak masuk bola daripada hantaran tandukan Engku Nur Shakir Engku Yacob.

Keputusan lain:
PERAK FC 1 KELANTAN UNITED 1

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video