KUALA LUMPUR CITY FC 1 NEGERI SEMBILAN FC 1
Zainal Abidin Jamil menjaringkan gol dramatik dalam waktu kecederaan untuk memastikan Negeri Sembilan FC bangkit mengikat Kuala Lumpur City FC 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Cheras sebentar tadi.
Kl City, yang sedang dalam persiapan menjelang perlawanan final Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) minggu depan, memburu lonjakan terbaik dalam aksi kali ini bagi meningkatkan motivasi mereka.
Dan skuad Warga Kota itu berada di landasan terbaik apabila Romel Morales menanduk masuk bola lambungan Zhafri Yahya, lima minit sebelum waktu rehat.
The City Boys, bagaimanapun, kelihatan mengendurkan asakan mereka dalam babak kedua dan keputusan untuk menggunakan pendekatan bertahan itu jelas mengundang padah.
Ketika Negeri Sembilan kelihatan sekali lagi akan kehilangan mata -- tewas 0-2 kepada JDT dalam perlawanan terakhir -- Zainal Abidin muncul wira skuad Jang itu apabila menolak masuk bola susulan tandukan Nasrullah Haniff Johan dalam waktu kecederaan.
Negeri Sembilan seterusnya akan bertandang ke laman Terengganu FC pada hujung bulan ini sambil KL City pula akan bertemu Kelantan FC selepas final Piala FA.