Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Fandi Ahmad tegur aksi goyah Tok Gajah

fnadi-ahmad.jpg
'Menang tetapi banyak kerja rumah yang perlu dilakukan.'

Demikian luahan ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, yang jelas tidak berpuas hati dengan prestasi skuad Tok Gajah ini walaupun rekod kebal masih berpihak pada pasukannya.

"Pemain terlalu yakin, lalai. Macam lesu, tidak bermaya.

"Selalunya Sri Pahang memperagakan dua jenis corak permainan tapi malam ini agak teruk. 




"Tapi hari ini lebih teruk, selalunya ada juga menyerang. Pemain seolah-olah kurang motivasi, padahal penat kami terpekik. 

"Saya memang tidak berpuas hati selain daripada tiga mata ini sahaja. 

"Apa yang bagus dalam babak kedua, kami tidak berputus asa malah dalam masa kecederaan sekalipun. 

"Pemain lawan ada yang kekejangan, nampak kepenatan jadi kami ambil kelebihan itu," katanya itu.
 

Advertisement

Must Watch Video