Kejayaan Sri Pahang FC membelasah kelab tercorot, Kelantan FC, 5-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi disifatkan sebagai kemenangan yang belum sempurna.
Sebaliknya, pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad, dipaksa bekerja lebih keras dalam separuh masa kedua bagi menjinakkan skuad kendalian Frank Bernhardt itu, yang tampil tanpa tenaga import selain diperkuatkan enam pemain muda dalam kesebelasan utama.
Tegasnya, dia kurang berpuas hati dengan persembahan pemainnya di Kota Bharu walaupun skuad Tok Gajah berkenaan menguasai rentak permainan.
"Sejujurnya, kami perlu bekerja keras, terutama separuh masa kedua sebelum dapat menewaskan pasukan Kelantan yang tampil tanpa kelibat pemain import.
"Malah, dalam separuh masa pertama, kami kurang bernasib baik biarpun mendahului satu gol apabila pasukan Kelantan lebih banyak membuat serangan balas," katanya sejurus tamat perlawanan itu.
Dalam pada itu, pengendali kelahiran Singapura itu turut mengakui situasi tersebut menyebabkan pasukannya terpaksa melakukan tiga pertukaran pemain bagi memperkemaskan semula rentak permainan.
"Saya lihat pemain Kelantan dalam perlawanan ini memiliki keyakinan begitu tinggi cuma mereka gagal menjaringkan gol.
"Saya percaya sekiranya pasukan Kelantan berjaya menjaringkan gol, tempo perlawanan berkemungkinan akan berubah menjadi lebih berintensiti tinggi," tambahnya.
Dalam perlawanan itu, gol Sri Pahang dijaringkan Sergio Aguero pada minit ketujuh, diikuti masing-masing dua gol daripada Fadhli Shas (minit ke-48', m-61) dan Kpah Sherman (m-58', 86') untuk membawa pulang tiga mata.
Sementara itu, kekalahan ke-12 buat Kelantan FC dalam saingan liga itu disaksikan 3,528 penyokong sendiri di venue keramat The Red Warriors (TRW) selepas mengharungi 14 perlawanan yang menyaksikan Kelantan kekal di tangga ke-14 liga dengan melakarkan satu kemenangan, satu seri dan 12 tewas.
Sri Pahang pula naik satu anak tangga di kedudukan ketiga dengan 31 mata selepas melakarkan sembilan kemenangan, empat seri, dua tewas dalam 15 perlawanan.
Kelantan selepas ini dijadualkan berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya pada 8 Julai depan manakala Sri Pahang melayan kunjungan Selangor FC di Stadium Darul Makmur sehari kemudian.
Kredit: Sinar Harian