Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Estaban Solari tidak sangka JDT menang besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-negeri-sembilan.jpg
Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Estaban Solari, menyifatkan kejayaan pasukannya melakar kemenangan besar 7-0 ke atas Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam sebagai sesuatu luar jangkaan.

Solari berkata dia tidak menyangka skuad Harimau Selatan itu mampu mencatat kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar biarpun berdepan tentangan sengit tuan rumah.

Bagaimanapun, Solari mengakui amat gembira dengan peningkatan prestasi kelab selatan tanah air itu apabila setiap pemain melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Pemain menunjukkan kesungguhan dalam persembahan dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam setiap perlawanan termasuk perlawanan ini.

“Pemain telah melaksanakan tugas masing-masing dengan cukup berkesan dari separuh masa pertama dan mengekalkan tahap konsisten bagi menambah jaringan dalam separuh masa kedua.

“Saya gembira apabila semua pemain mengetahui tanggungjawab masing-masing dan kepentingan untuk capai kemenangan tetapi saya tidak menyangka pasukan memperoleh jaringan yang besar,” katanya semasa sidang media selepas perlawanan itu.

Dalam perlawanan itu, gol JDT dijaringkan Fernando Forestieri pada minit ke-21 dan 48, Dioga Luis Santo (m-41), Arif Aiman Hanapi (m-52), Corbin Onge (m-67, m-88) dan Edrick Dos Santos (m-72).

Keputusan di Paroi itu menyaksikan Harimau Selatan kembali menerajui liga dengan sembilan mata diekori rapat Sabah FC (sembilan mata), namun dipisahkan perbezaan jaringan selepas masing-masing mengharungi tiga perlawanan.

Sementara itu, Negeri Sembilan pula, yang masih belum melakar sebarang kemenangan, berada di tangga ke-12 liga dengan dua mata daripada tiga perlawanan.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video