DPMM 2 Negeri Sembilan 2
Dua sepakan penalti DPMM menyekat impian Negeri Sembilan untuk pulang dengan tiga mata penuh ketika bertandang ke Stadium Nasional Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.
Pemain import tuan rumah, Jordan Murray, menjadi duri dalam daging apabila dua jaringannya menyekat skuad kendalian Nidzam Jamil itu mencetak kemenangan.
Selepas permulaan separuh masa pertama yang agak perlahan yang menyaksikan tiada bekalan gol dibawa ke bilik persalinan, segalanya berubah dalam babak kedua apabila lebih bertenaga untuk pelawat memecah kebuntuan pada minit ke-54.
Tandukan Joseph Esso itu menerjah ke dalam gawang, namun kelebihan itu bersifat sementara apabila DPMM dihadiahkan sepakan penalti akibat insiden bola terkena tangan yang disahkan oleh video bantuan pengadil (VAR) dan peluang itu disempurnakan oleh Murray pada minit ke-62 bagi mengimbangi perlawanan.
Skuad Hobin Jang Hobin pantas bertindak balas dan menghukum barisan pertahanan DPMM tiga minit kemudian, menerusi rembatan kencang seorang lagi pemain import, Jovan Motika.
Namun, DPMM sekali lagi dihadiahkan penalti -- juga bola terkena tangan -- dan Murray memastikan satu mata buat pendatang baru Liga Super itu.
Dalam aksi di Stadium Bandaraya, jaringan tunggal pemain import, Wilmar Jordan Gil, pada minit ke-59 ketika bertandang ke Penang menghadiahkan Imigresen kemenangan pertama musim ini.

Nike BIG Discount
Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat