Skip to main content

Permotoran

Geran Padanan Sukan KBS pacu sukan permotoran setempat berimpak tinggi

dd

Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilihat memberi ruang kepada penganjur di peringkat akar umbi untuk meneruskan program sukan yang berdepan peningkatan kos, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada komuniti tempatan.

Presiden Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah (UT 4x4), Muhammad Muzzammil Mokhetar, selaku penganjur Terengganu 4x4 Merdeka Challenge 2026 yang baru melabuhkan tirai, melihat sokongan melalui GPS secara langsung membantu memperkukuh kedudukan perlumbaan pacuan empat roda (4x4) yang semakin mendapat tumpuan di seluruh negara.

"Kos penganjuran saban tahun kian meningkat sama ada terkesan oleh kerana faktor ekonomi semasa mahupun keperluan berkaitan dengan penganjuran yang sememangnya kita tidak dapat untuk dielakkan seperti pengurusan sumber manusia, sistem teknologi pemarkahan dan keputusan, logistik dan lain-lain yang hadir dengan harganya tersendiri. Begitu juga dengan sebarang risiko melibatkan wang ringgit yang ditanggung oleh kami selepas tamat perlumbaan.

"Ramai beranggapan menjadi penganjur sukan permotoran di peringkat komuniti ini seolah-olah kami menjana keuntungan apatah lagi menerima sokongan dana atau penajaan dari kerajaan , realiti sebaliknya.

“Kami pikul tanggungjawab selaku penganjur kerana ketandusan perlumbaan di negeri Pantai Timur ini, di mana ramai dalam kalangan pelumba tidak berkemampuan untuk berlumba di negeri lain,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dana yang diterima hanya menampung separuh dari keseluruhan kos penganjuran. Selebihnya ditampung sama ada melalui wang ringgit atau sokongan perkhidmatan oleh agensi-agensi kerajaan tempatan, penaja-penaja kecil mahupun individu tertentu yang meminati sukan permotoran ini.

Selain itu, dokumentasi laporan penganjuran termasuk perincian perbelanjaan yang dibentangkan secara telus menjadi tambah nilai untuk UT 4x4 mengekalkan kepercayaan KBS untuk menerima sokongan GPS bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

Terengganu 4X4 Merdeka Challenge 2026 yang telah berlangsung selama dua hari bermula 5 September 2026 lalu menghimpunkan 56 pelumba dari seluruh negara dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu Super Novice Litecore, Short Wheel Base (SWS) dan Long Wheel Base (LWS).

Acara tahunan itu dianjurkan Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah (UT 4x4) dengan kerjasama Kelab Terjoh! 4x4 Kuala Terengganu selaku rakan teknikal, selain mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tourism Malaysia, Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement