Manchester United akan menerima kunjungan Manchester City dalam perlawanan 'Derbi Manchester' pertama musim ini dengan enam pemain bintang The Red Devils berpotensi tidak dapat diturunkan susulan bergelut dengan kecederaan selain dalam masih berada dalam fasa pemulihan.
Skuad kendalian Michael Carrick semestinya memburu kemenangan selepas hanya melakar satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dalam permulaan musim baru selepas berada di kedudukan ke-11 dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2026/27 ketika ini.
Antaranya pemain yang berpotensi tidak dapat diturunkan adalah Luke Shaw yang masih belum turun dalam sesi latihan pasukan sejak aksi berdepan Sabah sebelum ini selepas mengalami kekejangan otot dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-73 ketika aksi lawan Everton minggu lalu.
🔴 Luke Shaw
🔴 Carlos Baleba
🔴 Amad Diallo
🔴 Matthijs de Ligt
Latest Manchester United injury news and return dates before City derby clash#MUFC | #MUNMCIhttps://t.co/U1wQQj212x— Standard Sport (@standardsport) September 11, 2026
Carlos Beleba yang baru tiba pula masih belum boleh diturunkan selepas tiba di Old Trafford dengan kecederaan ligamen buku lali.
Sementara itu, Amad Diallo tidak akan dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan dalam sesi letihan ketika aksi pembukaan sebelum ini. Manakala, Matthijs de Ligt dalam fasa pemulihan sejak cedera pada November tahun lalu.
Akhir sekali adalah Manuel Ugarte dan penjaga gol berpengalaman, Tom Heaton yang mengalami kecederaan hamstring.
Bagi skuad The Netizens pula hanya dua pemain utama dalam fasa pemulihan iaitu Nico O'Reilly dan Jeremy Doku yang berpotensi tidak dapat diturunkan kerana baru pulih daripada kecederaan.