Dua jaringan daripada Safawi Rasid memacu kemenangan Kuala Lumpur (KL) City menewaskan DPMM 4-0 dalam perlawanan minggu kelima, Liga Super 2025/26 di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.
Salah faham antara Yura Indera Putera yang menghantar bola ke belakang kepada penjaga gawang menghukum DPMM selepas penjaga gawang gagal menampan bola dengan kemas untuk KL City mendahului 1-0.
Kedudukan itu kekal tanpa sebarang tambahan jaringan untuk pasukan pelawat mendahului 1-0 sebelum masuk ke bilik persalian.
Anak buah Risto Vidakovic agresif mengasak pasukan tuan rumah dalam separuh masa kedua dengan rembatan leret daripada Victor Ruis akhirnya menewaskan Haimie Nyaring sekali lagi pada minit ke-56.
Selang tujuh minit kemudian, giliran pemain kebangsaan, Safawi Rasid pula meledak jaringan ketiga selepas pertahanan DPMM yang gagal mengawal bola dengan kemas.
Tidak terhenti di situ, baki 10 minit terakhir dimanfaatkan sepenuhnya pasukan pelawat dengan bola hantaran Victor dinoktahkan Safawi untuk jaringan keempat KL City sekali gus mencipta kemenangan menewaskan DPMM 4-0.
Kemenangan itu memacu pasukan dari Lembah Klang itu berada di tangga kedua Liga Super dengan 13 mata selepas lima perlawanan.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang