Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Datuk Seri Vida diminta ambil alih kelab Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dsv.jpg
'Saya memang tiada arah tuju nak terlibat dalam bola sepak'

Usahawan kecantikan tersohor negara, Datuk Seri Dri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV), menegaskan bahawa pihaknya tidak akan lagi menerajui sebuah pasukan bola sepak.

Menurut laporan media tempatan, pemilik produk kosmetik berjenama itu tidak berselindung disebut selaku penyelamat Perak, namun secara peribadi menolak tawaran itu kerana tidak banyak keuntungan berjaya diperoleh menerusi perniagaan sukan khususnya bola sepak.

Seperti sedia maklum, Pengerusi Perak, Datuk Seri Azim Zabidi, mengumumkan The Bos Gaurus akan menarik diri daripada saingan Liga Super Malaysia kerana berdepan isu kewangan yang semakin meruncing.

"Untuk yang terbaru, memang saya ada dihantar jemputan untuk bersama mereka (Perak). 

 
@majoritiofficial

Datuk Seri Vida rupanya didekati untuk menyelamatkan skuad Perak FC. #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #datukserivida #perakfc #kelantanfc #sukanmalaysia #sukanditiktok

♬ original sound - Majoriti Official


"Sama ada saya berminat atau tidak mengambil alih pasukan, saya rasa sekarang bukan waktunya lagi melabur dalam sukan. 

"Bola sepak memerlukan dana dan pembelanjaan yang besar. Kerajaan pun tidak tertanggung. Kalau swasta pula pulangan tak dapat sangat kalau kita melabur," katanya kepada Majoriti Sukan. 

Dalam masa sama, DSV menasihati agar setiap pasukan yang mengalami masalah segara mencari jalan demi menanggung keperitan itu.

"Kepada kelab yang nak jatuh itu, kalau sakit pergi berubat. 

"Jangan tangguh dan jangan malu. Kena usaha cari jalan penyelesaian. 

"Pasukan bola sepak memerlukan perbelanjaan yang sangat besar. 

"Kalau tak cukup dana, jangan main nak buat. Sebab perniagaan bola sepak ini macam projek jangka masa panjang. 

"Sekurang-kurangnya memerlukan 10 tahun baru pasukan itu akan berkembang dan menghasilkan keuntungan dan kemenangan," jelasnya lagi.

Untuk rekod, Vida pernah berkecimpung dalam bola sepak melalui penajaan terhadap Kelantan yang bernilai RM16 juta untuk tempoh dua musim.  

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video