Selangor FC dituntut mempamerkan karakter lebih garang apabila sekali lagi berdepan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.
Malah, pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe, mahu pemainnya berusaha menampilkan persembahan lebih baik menentang skuad Penyu itu selepas dua perlawanan terakhir kedua-dua pasukan memihak angkatan Tomislav Steinbruckner berkenaan.
"Kami tiada pilihan kecuali kembali bangkit memberikan tentangan kepada Terengganu biarpun dua keputusan perlawanan terakhir sebelum ini tidak memihak pasukan kami.
"Dan saya percaya pemain telah mengambil pengajaran berguna dalam dua perlawanan Piala Malaysia menentang Terengganu sebelum ini.
"Setiap pemain pun saya percaya telah melihat kelemahan dan kekuatan pasukan lawan dalam dua perlawanan sebelum ini yang boleh dimanfaatkan sebaiknya pasukan kami bagi menghasilkan keputusan positif bagi saingan Liga Super," katanya.
Dalam saingan pusingan pertama Liga Super, Selangor menang 5-1 ke atas Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 18 April lalu.
Bagaimanapun juara 33 kali Piala Malaysia itu gagal menyerlah dalam dua perlawanan timbal balik suku akhir Piala Malaysia apabila tewas 0-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 16 September lalu diikuti seri 1-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hujung minggu lalu, sekaligus ditunjukkan jalan keluar secara agreget 3-1.
-- Sinar Harian