Keputusan membabitkan rayuan ke atas tujuh pemain warisan negara masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Situasi ini meletakkan smua pihak dalam keadaan tertanya-tanya dan tidak ketinggalan penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, yang mengakui kelab itu dalam situasi menunggu sekiranya berlaku keputusan yang mampu membawa tiga pemain tersebut kembali ke pangkuan pasukan.
Bergson turut meluahkan pandangannya mengenai kelibat ketiga-tiga tonggak Harimau Selatan itu yang terpalit dengan isu pemalsuan dokumen yang membabitkan Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
"Kami simpati dengan mereka dan merasai ketiadaan kelibat mereka di atas padang.
"Saya mendoakan mereka agar bertabah daripada segi mental dan sebaik mereka bersedia membantu kami, kami menantikannya," kata pemain dari Brazil itu.
Sementara itu, kemenangan besar JDT ke atas Terengganu di tempat lawan pada malam tadi membawa pengertian cukup besar buat penyerang import, Oscar Arribas.
"Kami gembira dengan kemenangan dan tidak dibolosi.
"Kami akan cuba teruskan kemenangan dalam perlawanan berikutnya.
"Kami sudah jangkakan perlawanan yang sukar dan kami membuat persiapan untuk menghadapinya.
"Kami adalah JDT dan akan berikan yang terbaik," katanya pula.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang