Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Bergson perbaharui rekod jaringan terbanyak semusim, kurang dua gol samai rekod sepanjang zaman Indra Putra

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bergson.jpg
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, memperbaharui rekod jaringan terbanyak semusimnya ketika membantu Harimau Selatan membelasah Kelantan Darul Naim 9-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, bakal pemain naturalisasi Harimau Malaya berkenaan menjaringkan lima gol dalam babak pertama, sekali gus melengkapkan 30 jaringan berbaki satu perlawanan liga musim ini.

Ia menyaksikan pemain kelahiran Brazil itu memperbaharui rekod jaringan terbanyak semusim 29 gol yang dilakukannya dalam musim 2022, di mana dia ketika itu mengatasi rekod 26 gol Ifedayo Olusegun setahun sebelumnya.

Dengan lima jaringan itu juga, Bergson telah menghimpunkan 104 gol Liga Super sejak menyertai JDT pada 2021 dan kekurangan dua gol lagi untuk menyamai rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman Indra Putra Mahayuddin dengan 106 gol.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video