Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Liga Super: Bergson, Muniz pastikan JDT kekalkan rekod kemenangan di SSI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

404631188_914479563381354_4445463909381051829_n.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan rekod kemenangan di laman sendiri dalam saingan Liga Malaysia dengan mengatasi Kuching City dalam aksi Liga Super 2-0 sebentar tadi.

JDT kembali ke kancah bola sepak tempatan selepas tamat rehat antarabangsa, bertemu Kuching City di laman sendiri.

Harimau Selatan itu melakukan rombakan besar-besaran dalam kesebelasan utama, kehadiran Farizal Marlias dan Syahmi Safari mencuri tumpuan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Syihan Hazmi Mohamed dan Matt Davies selepas beraksi bersama skuad kebangsaan.
 

Dua jaringan yang dihasilkan Bergson da Silva dan Juan Muniz memastikan JDT selesa mendahului 45 minit pertama.

Tiada jaringan tambahan terhasil dalam separuh masa kedua sekaligus memastikan tiga mata penuh buat tuan rumah.

 

Advertisement

Must Watch Video