Skuad kendalian Aidil Sharin beraksi dengan baik dalam separuh masa pertama selepas menutup babak pertama tanpa sebarang jaringan dengan berjaya menafikan beberapa serangan bahaya yang dirancang skaud Harimau Selatan.
Bergson Da Silva tidak menunggu lama untuk meletakkan JDT dihadapan selepas menoktahkan hantaran kemas daripada Arif Aiman Hanapi dengan tandukan tiga minit selepas babak kedua bersambung.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS12#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/5iKoLCDOXz
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 27, 2024
Peledak baru dari Colombia, Jorge Obregon, hampir menambah derita buat KDN dengan jaringan kedua tetapi jaringan tersebut dinafikan apabila dia didakwa berada dalam kedudukan ofsaid selepas pengadil perlawanan melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) pada minit ke-54.
Juan Muniz meletakkan Harimau Selatan selesa mendahului apabila sepakannya menewaskan Shahril Sa'ari pada minit ke-80 untuk mendahului Kuching City 2-0.
Begitupun, pasukan pelawat berjaya merapakan jurang kedudukan selepas VAR membenarkan jaringan Luis Welter selang dua minit kemudian yang berjaya menewaskan Syihan Hazmi.
A battle for three points ??
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 27, 2024
More photos at https://t.co/FpAkIyoFSB #LigaSuper#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/RWCmji8b44
Kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat dengan JDT terus memperkukuhkan kedudukan di puncak liga dengan 31 mata selepas 11 perlawanan.