Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Liga Super: Bekas pemain JDT sertai PDRM demi ibu bapa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

irfan.jpg
Pengalaman di pentas tertinggi skuad kebangsaan ditambah kelebihan selaku bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sabah membuatkan Irfan Fazail memiliki tugasan besar bersama kelab baharu iaitu PDRM musim depan. 

Tonggak berusia 34 tahun itu dijangka menjadi sandaran utama Sang Saka Biru untuk bersaing dalam kancah tempatan, selain mahu membantu PDRM sebagai bukan pasukan belasahan.

“Yang mana kita tahu PDRM ramai menggunakan anggota polis sendiri, jadi saya sebagai pemain luar akan cuba membantu daripada segi pengalaman yang ada, dan saya akan berkongsi dengan pemain-pemain yang sedia ada,” katanya di Nadi Arena.

Kurang dua minggu menjalani latihan bersama naib juara MFL Challenge Cup, Irfan mendedahkan skuad kendalian Eddy Gapil Edwyn mempunyai keistimewaan jauh di sudut hatinya.

 

Membesar sebagai anak anggota polis, perjuangan ayahnya diteruskan bukan secara tugasan hakiki pegawai keselamatan negara, tetapi di atas padang dengan membawa nama PDRM memberi makna cukup besar buat anak jati Johor ini.

"Kebetulan ayah saya merupakan bekas polis juga, jadi saya mengambil tawaran ini bagi membanggakan ibu ayah saya sebagai pemain PDRM.

“Untuk saya, selagi saya masih mampu untuk bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M), saya akan berusaha sedaya upaya untuk meneruskan karier saya sebagai pemain bola sepak,” tambahnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video