Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Banyak kesilapan mudah, ini hukumannya, kata jurulatih Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-ns.jpg
'Kami gagal, sepakan ke langit, serta kesilapan mudah. Ini lah hukumannya', kata ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, kecewa dengan kegagalan pasukannya di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

Kinoshi ralat rentetan aksi anak buahnya yang gagal mencari peluang menjarakkan kedudukan selepas mendahului perlawanan dengan satu jaringan.

Malah aksi semalam dilabel sebagai aksi terburuk yang pernah Kinoshi lihat sepanjang kariernya sebagai jurulatih dan bekas pemain.

Kejayaan Negeri Sembilan mengatasi ramalan majoriti yang melihat Selangor turun selaku pasukan pilihan berbanding Skuad Jang.

Sebaik ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, berjaya menafikan kelebihan Selangor, Nidzam tidak menolak pengalamannya yang pernah bersama Selangor sebelum ini sedikit sebanyak membantunya.
Football

Aksi Padu, Semangat Liga Super

Macam sokongan hangat Liga Super Malaysia — naikkan pengalaman gaming anda, penuh semangat dan gaya juara!


Beli Gear Juara Liga Super!

Advertisement

Must Watch Video