Dominik Balic menjadi tonggak import terbaru yang dibawa masuk oleh Kelantan United FC (KUFC) dalam usaha memperkukuhkan lagi benteng pertahanan pasukan itu bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.
Pengarah Eksekutif Kelantan United, Wan Zul Ikman Wan Abdul Aziz, berkata pemain berusia 27 tahun itu dibawa masuk daripada kelab divisyen kedua Crotia, NK Dugopolje, sempena pintu perpindahan kedua Liga Malaysia ketika ini.
"Pihak pengurusan berharap pemain yang pernah beraksi bersama Melaka United pada 2019 itu dapat membantu pasukan.
"Kami yakin dan percaya, pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia sebelum ini tidak membuatkan dia kekok untuk bersama Kelantan United," katanya.
Menurutnya, Balic dijangka akan menjadikan benteng pertahan Kelantan United lebih ampuh dalam mengekang setiap asakan pihak lawan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kelantan United terus bernafsu mengukuhkan pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Super apabila mengikat pemain kelahiran Uzbekistan, Sirojiddin Rakhmatullaev.
Pemain tengah bertahan itu menjadi pemain import keempat dibawa masuk dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam carta liga.
Sebelum itu, Sang Kijang Hijau mengikat dua 'oppa' dari Korea Selatan, Kim Min Kyu dan Kim Deok, serta penggempur berbisa jiran tetangga Kelantan FC, Ismaheel Akinade.
Kredit: Sinar Harian