'Terus jaringkan gol', jurulatih Terengganu Badrul Afzan Razali, kagum dengan ketajaman barisan serangan pasukannya apabila semakin garang memburu jaringan dalam saingan Liga Super musim ini.
Terbaru, skuad peteh meraih empat gol ketika membelasah Melaka 4-0 sekali gus kini dibezakan dua jaringan sahaja daripada pasukan yang paling banyak menghasilkan gol, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Aksi memukau dipamer dengan menyumbat empat gol ketika aksi separuh masa pertama berdepan Melaka di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam, bermula dengan jaringan Yann Mabella pada minit ke-27.
Nurillo Tukhtasinov menggandakan kelebihan lima minit kemudian sebelum Careca menambah derita Hang Tuah pada minit ke-45.
Mabella kemudian sekali lagi menemui sentuhan penyudah pada masa kecederaan babak pertama sekaligus memastikan Terengganu ampuh dengan 16 gol daripada lima aksi liga.
Apa pun, Badrul Afzan memberi pujian kepada pemainnya setelah berjaya jelmakan kebangkitan tulen menerusi kemenangan berturut-turut pertama musim ini.