Skip to main content

Bola Sepak

Liga Piala Remaja KPM-FAM B-17: Liga Piala Remaja KPM-FAM B-17: Misi Sekolah Menengah Bukit Nenas lahirkan Safawi 2.0

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

asman-ismail.jpg
Jurulatih Sekolah Sukan Negeri (SSN) Terengganu, Sekolah Menengah Bukit Nenas, Asman Ismail, dalam misi melahirkan Safawi 2.0 dengan menjadikan Liga Piala Remaja KPM-FAM B-17 sebagai lubuk emas untuk melahirkan bakat masa depan negara.

Ia seperti yang dilakukannya sebelum ini menerusi kemunculan Safawi Rasid, Azam Azmi Murad, Safwan Mazlan dan Mukhairi Ajmal hasil sentuhannya di peringkat akar umbi.

Asman memastikan SMK Bukit Nenas bermula langkah kanan apabila pasukannya bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan lawan 2-1 di Stadium KLFA, Cheras, kelmarin. 

Ia dibantu dua gol Ahmad Baikhaki untuk kemenangan sulung SSN Terengganu dalam Liga KPM-FAM 2025.



Terdahulu, berlangsung majlis sepak mula liga dan memeterai perjanjian yang terjalin sejak 2008 di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan pengeluar minuman Isotonic, 100 Plus, sebagai penaja utama.

Menerusi perjanjian ini, 100 plus terus komited untuk menjadi penaja Liga KPM yang bukan sahaja menumpukan saingan B-14 dan B-17, malah turut meliputi liga bola jaring, olahraga dan sepak takraw.


"Saya nampak karakter-karakter pemain berbakat. 

"Saya harap barisan kali ini begitu juga," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video