Skip to main content

Bola Sepak

Liga Perdana: Kejayaan Kuala Lumpur hasil usaha sendiri

281017kualalumpur.jpg
Jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel, menolak faktor nasib membantu The City Boys untuk
menjulang kejuaraan Liga Perdana 2017, sebaliknya menegaskan pasukannya layak bergelar
juara meskipun tewas dalam aksi terakhir musim ini. 


Kuala Lumpur bertandang ke Pasir Gudang bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) II untuk mengakhiri
musim penuh gemilang selepas berjaya layak ke Liga Super, musim depan. 

Berentap dalam aksi penuh dramatik, skuad warga kota itu ditimpa nasib malang apabila kecundang
3-1, malam tadi. 

"Saya tidak percaya pada tuah tetapi kepada kerja keras. Apa yang telah diusahakan oleh
pasukan sepanjang musim ini, layak ke Liga Super sebagai juara Liga Perdana adalah suatu
kejayaan yang membanggakan," kata Maciel.

Mujur, pencabar terdekat, Terengganu, turut mengalami kekalahan, sekaligus menghadiahkan
kejuaraan buat barisan kendaliannya. 

Apapun, kejayaan itu turut membolehkan Kuala Lumpur menamatkan kemarau 17 tahun
menjulang piala selepas kali terakhir memenangi Piala Sumbangsih pada 2000. 

"Walaupun kami tewas dalam perlawanan ini, rezeki memihak kepada Kuala Lumpur. Kami
sangat bersyukur di atas usaha yang telah diberikan oleh setiap pemain untuk musim
ini," kata pertahanan Kuala Lumpur, Azmeer Yusoff.

"Saya mahu mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada setiap pemain dan barisan
kejurulatihan di atas kejayaan ini," kata penyerang Kuala Lumpur, Abdul Manaf Mamat.

Advertisement

Must Watch Video