BOLA SEPAK
Liga M3: Imigresen FC tidak mudah puas hati menang bergaya
Liga M3 MBSB Bank Championship petang ini menyaksikan pertembungan diantara pasukan imigresen dan yang berlangsung petang semalam.
Walaupun meraih kemenangan bergaya 3-1 ke atas Naga Ultimate KS FC , ketua jurulatih Imigresen FC, Mat Zan Mat Aris, masih tidak berpuas hati dengan prestas yang ditunjukkan barisannya sepanjang perlawanan.
Dia meletakkan harapan agar tonggak tercedera kembali beraksi dalam perlawanan yang akan datang bagi membantu pasukan beraksi cemerlang.
Iklan
"Saya kurang berpuas hati dengan mutu persembahan terutama di kubu lawan dalam separuh masa pertama.
"Kami banyak mensia-siakan peluang di depan gol.
"Saya harap Hafiz Kamal dan Azim Rahim yang tercedera kembali memperkuatkan pasukan," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Naga Ultimate, Dusan Momcilovic, kelu melihat kekalahan berturut-turut pasukannya.
Kedah mengekori rapat jadi kami tidak boleh mengambil mudah.
"Anak buah saya ada yang kurang cergas dan menanggung kecederaan.
"Dalam 20 minit terakhir, kecergasan menjejaskan kami.
"Kami perlukan satu kemenangan lagi untuk mengekalkan tempat dalam Liga M3.
"Kami mahu elak penyingkiran," katanya.
Must-Watch Video