Skip to main content

Bola Sepak

Liga Juara-Juara Asia: Dion Cools antara terbaik, netizen mahukan Syihan turut tersenarai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

acl-round-4.jpg
Pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools, tersenarai dalam kesebelasan terbaik saingan minggu keempat Liga Juara-Juara Asia (ACL) menerusi persembahan cemerlangnya bersama Buriram United.

Cools membantu pasukannya melakar kejutan ke atas Melbourne City apabila merekodkan kemenangan 1-0 menerusi jaringan Goran Causic.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AFC (@theafchub)



Menerusi Instagram @theafchub, ramai netizen yang menyatakan mahu melihat penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Syihan Hazmi Mohamed, menjadi pilihan penjaga gol terbaik bagi minggu keempat hasil kejayaan membantu pasukan melakar kemenangan 2-1 ke atas Ulsan Hyundai.

Antara yang menarik perhatian, rakan sepasukan Cristiano Ronaldo bersama kelab Al-Nassr, Anderson Talisca turut terpilih menerusi hatrik yang dilakar membantu pasukannya mengatasi kelab Qatar, Al-Duhail.
 

Advertisement

Must Watch Video