SLAVIA PRAGUE 4 SEVILLA 3
(Slavia ke suku akhir dengan agregat 6-5)
Sevilla tersingkir daripada Liga Europa selepas Slavia Prague bangkit dalam masa tambahan untuk melakar kemenangan 4-3 di Stadium Sinobo, awal pagi tadi, sekali gus mara ke suku akhir dengan agregat 6-5.
Juara lima edisi Liga Europa, Sevilla, hampir pasti ke suku akhir menerusi peraturan gol laman lawan, namun lawan mereka itu bangkit dengan gol kemenangan pada minit ke-119.
Sevilla gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya susulan sepakan percuma yang membenarkan Ibrahima Traore melepaskan rembatan yang menewaskan Simon Kjaer.
Jaringan itu tiba selepas Slavia bangkit sebanyak dua kali dalam perlawanan pertama untuk mengikat kedudukan 2-2 dan melepaskan dua gol dalam masa sebenar perlawanan kedua untuk perhitungan itu diheret ke masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 4-4.
Gol Franco Vazquez pada minit kelapan masa tambahan pada awalnya sudah cukup untuk membawa Sevilla ke suku akhir, namun Mick van Buren kembali menyamakan kedudukan pada minit ke 102.
Jaringan penyamaan itu jelas memberikan tekanan buat wakil Sepanyol itu untuk akur disingkirkan selepas Traore menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada seminit terakhir perlawanan.
Slavia akan menantikan lawan yang akan dihadapi mereka dalam sesi undian malam ini manakala Sevilla pula perlu kembali fokus memburu tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dalam saingan LaLiga.