Skip to main content

Bola Sepak

Liga Europa: Brighton jelma prestasi musim lalu

roberto-de-zerbi.jpg
BRIGHTON 2 AJAX 0 

Roberto De Zerbi menekankan kepentingan mengubah mood di Brighton selepas mereka menewaskan Ajax 2-0 di Stadium Amex untuk meraih kemenangan pertama Eropah, awal pagi tadi. 


Ia menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan kerana kelab itu yang bergelut dengan masalah kecederaan untuk mengharungi kempen sulung Liga Europa, walaupun harapan mereka di pentas Eropah berkenaan kembali dihidupkan di tempat sendiri menerusi kemenangan meyakinkan ke atas juara Eropah empat kali tersebut. 

Sejak dari minit pertama lagi Brighton sudah mengatasi Ajax yang baru tiga hari memecat pengurusnya, Maurice Steijn, berikutan permulaan paling buruk kelab itu dalam Eredivisie dan wakil Belanda itu hampir tidak buntu mengatur sebarang serangan.

Joao Pedro menjaringkan gol muntah selepas rembatan Karou Mitoma ditepis untuk memecah kebuntuan perlawanan beberapa minit menuju waktu rehat untuk memberikan Brighton kelebihan awal yang sepatutnya.

Kedudukan itu digandakan lapan minit selepas mereka keluar dari bilik persalinan apabila penyerang pinjaman Barcelona, Ansu Fati, melakukan sentuhan pertama yang cemerlang untuk menyusup ke dalam pertahanan dan merembat bola ke arah penjuru pintu gol untuk melengkapkan umpanan oleh Simon Adigra.

Ia adalah kemenangan pertama Brighton dalam tiga percubaan di peringkat Eropah untuk meletakkan mereka di tangga ketiga Kumpulan B dan satu mata dipisahkan dengan pendahulu, Marseille, yang menyaksikan pertembungan mereka di Perancis tiga minggu lalu berakhir seimbang. 

Kemenangan dalam aksi timbal balik menentang Ajax di Amsterdam pada bulan depan akan meletakkan mereka dalam kedudukan yang baik untuk layak ke pusingan kalah mati menjelang dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

“Fokus hari ini merupakan kemenangan pertama Brighton dalam pertandingan Eropah, untuk peminat, untuk kelab, untuk pemilik kami dan untuk diri kami sendiri,” kata pengurus dari Itali itu. 

 

“Kami tidak sepatutnya tewas kepada AEK Athens dan hari ini 150 peratus kami mahukan kemenangan.

“Kami menyajikan satu persembahan yang hebat berkualiti tinggi. 

"Kami boleh menjaringkan lebih banyak gol lagi tetapi apa yang paling penting ialah kami tidak dibolosi dan kami menutup perlawanan dengan kemenangan bersih.

“Buat masa ini, bagi kami apa yang lebih mustahak ialah mengubah mood pasukan untuk mula memenangi perlawanan, untuk mula beraksi dengan lebih baik kerana kami belum mencapai tahap seperti musim lalu.”

Advertisement

Must Watch Video