Pengengali Universiti Malaysia (UM)-Damansara United, Ridzuan Abu Shah, enggan tercicir mata dengan menagih sekurang-kurangnya keputusan seri berdepan Selangor II bagi memastikan pasukannya kekal mencabar kelompok atasan Liga A1 Semi-Pro 2025/26.
Namun, tugas yang menanti mereka selepas ini lebih mencabar dengan mereka dijadualkan bertemu pendahulu liga, Selangor II pada Sabtu ini.
"Selangor pasukan yang kuat, harapan kami adalah mendapat satu mata sekurang-kurangnya. Saya harap prestasi pemain dalam keadaan terbaik minggu ini agar dapat menyaingi Selangor nanti,"katanya.
Dia mengakui sedikit kelebihan bakal memihak mereka dengan beraksi di Stadium UM Arena nanti, namun persembahan anak buahnya perlu diambil kira dengan pemainnya perlu berada di prestasi optimum.
Berdepan masalah kecederaan dua pemain Utama iaitu Ilhan Izaaq Izhan dan pemain tengah, Zainul Ariffin Ahmad Latifi, yang berkemungkinan tidak akan diturunkan bertemu Selangor II, Ridzuan juga perlu memikirkan status pemain utama, bek kiri pasukan, Iman Hakimi Aznan.
"Pemain import dalam keadaan bersedia untuk beraksi." ujarnya.