Naib juara Liga A1 Semi-Pro musim lalu, Kuala Lumpur (KL) Rovers, memulakan kempen dengan kemenangan untuk melaungkan amaran awal untuk terus kekal berada dalam kelompok atasan.
Beraksi di Stadium KLFA, Cheras, sebagai venue laman sendiri yang baru, ia menghadirkan tuah buat pemain terbaik dan penjaring gol tunggal perlawanan Fakhrul Aiman mengukir sejarah tersendiri.
Ini kerana, Fakhrul yang sebelum ini bersama KL City ketika di bawah kendalian Bojan Hodak sudah serasi dengan suasana dan permukaan padang di Cheras dan ia sekali lagi terbukti menerusi gol kemenangan tuan rumah.
Sementara itu, Wan Mustaffa turut mengakui kegagalan skuad kendaliannya itu untuk beraksi dalam Liga Super secara tidak langsung membuka ruang buat KL Rovers kembali mengatur langkah daripada aspek pengurusan.
Biarpun kecewa tetapi barisan pemain menyahut seruan untuk sekali lagi menamatkan saingan di posisi terbaik untuk merealisasikan impian beraksi dalam kancah Liga Super musim depan.
"Tahun lalu kami dipintas oleh Imigresen pada saat akhir walaupun melakar rekod 20 perlawanan tanpa kalah. .
"Tahun ini kami bermula dengan langkah kanan dan saya tahun lalu bukan nasib kerana muncul naib juara dua tahun berturut-turut.
"Kami tidak ambil kesempatan ke atasnya dan saya rasa ia satu hikmah bahawa kami gagal ke Liga Super.
"Saya harap kami lebih bersedia daripada semua sudut untuk beraksi dalam Liga Super, tahun depan," katanya, " kata ketua jurulatih KL Rovers, Wan Mustaffa Wan Ismail, di Nadi Arena sebentar tadi.